Archive for Unit Amanah

Faedah-Faedah Melabur Dalam Unit Amanah

Wang pelaburan para pemegang unit yang dikumpul di bawah unit amanah membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah yang tidak mungkin mereka perolehi jika mereka melabur secara perseorangan. Antara faedah-faedah yang kita tidak nampak secara kasar adalah seperti dibawah:

Pengurusan Dana Yang profesional
Kelebihan skim unit amanah ini ialah anda akan mendapat perkhidmatan pakar kewangan atau pengurus dana untuk menjaga pelaburan anda. Pengurus dana akan menangani segala urusan seperti mengenal pasti ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap yang paling baik sementara anda berehat dan bersantai.

Pempelbagaian
Resiko pelaburan anda dapat dikurangkan kerana pengurus dana membantu anda membeli pelbagai ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap. Portfolio yang pelbagai dengan sendirinya akan mengurangkan resiko kerana ” tidak semua telur disimpan dalam sebuah raga “ .

Peluang Mencapai Keuntungan Modal
Pulangan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pendapatan pelaburan atau pertumbuhan modal. Bergantung kepada sasaran kewangan individu, anda boleh memilih dana yang paling sesuai yang ditawarkan.

Kecairan
Unit Amanah juga memberikan anda kebolehubahan untuk menukar unit anda kepada tunai dalam tempoh 10 hari selepas pihak pengurus dana menerima penebusan daripada anda, anda tidak akan dibebani oleh pelbagai syarat daripada Public Mutual.

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment

Bagusnya Unit Amanah Ini

Dalam dunia hari ini di mana paras harga melambung tinggi, adalah tidak memadai jika anda hanya menyimpan wang dalam bentuk simpanan tradisional sahaja. Dengan inflasi terus menghakis kuasa beli wang anda, adalah penting supaya wang yang anda perolehi dengan titik peluh anda itu tidak terbiar begitu sahaja tetapi memberi pulangan kepada anda secara berterusan!

2549707872.jpg

Apabila dilabur dengan bijak, wang yang berjumlah kecil pun boleh membawa perbezaan yang besar. Sasaran -sasaran penting dalam hidup seperti membeli rumah, merancang persaraan, membuat peruntukkan untuk pendidikan anak-anak dan menikmati kebebsan kewangan boleh dicapai dengan melabur wang yang berjumlah kecil itu dengan bijak dan secara kosisten. Namun, masih ramai orang yang berpendapat sasaran-sasaran murni ini adalah diluar pencapaian mereka semata-mata kerana mereta tidak mengetahui tentang pilihan-pilihan pelaburan yang terbuka kepada mereka.

Jika anda berhasrat untuk bertukar dari cara pelaburan tradisional tetapi tidak mempunyai masa dan tidak mempunyai kemahiran untuk menjejaki dan membuat penyelidikan tentang pasaran pelaburan, maka Unit Amanah mungkin adalah jawapan untuk ANDA!

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment

Pelaburan Unit Amanah l Kejatuhan Harga Unit

(Cerita ini dipetik dari blog sahabat saya iaiti www.petuajimatduit.com )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama juga saya tidak bercerita mengenai Unit Amanah. Hari ini saya akan berkongsi sedikit tips yang amat berguna kepada mereka yang mahu melabur dalam Unit Amanah dan tips kali ini juga akan membantu pelabur sedia ada untuk meningkatkan keuntungan dalam pelaburan Unit Amanah. ;-)

Sebelum itu, saya mahu bertanya kepada anda. Apa yang anda akan lakukan apabila sesebuah Unit Amanah tersebut jatuh merundum?

Secara ringkasnya, saya simpulkan terdapat 3 kategori pelabur yang akan melakukan tindakan yang berbeza. Tindakan yang dilakukan ini akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah.

3 kategori tersebut ialah :-

unit2.jpg1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”. Satu konsep yang biasa kita dengar tapi jarang dilakukan. Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

(Cerita ini dipetik dari blog sahabat saya iaiti www.petuajimatduit.com )

Taqiyuddin Ruslan

deean1.jpg

www.taqiyuddin.com
0192649831 @ 0179379831

Leave a Comment