Faedah-Faedah Melabur Dalam Unit Amanah

Wang pelaburan para pemegang unit yang dikumpul di bawah unit amanah membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah yang tidak mungkin mereka perolehi jika mereka melabur secara perseorangan. Antara faedah-faedah yang kita tidak nampak secara kasar adalah seperti dibawah:

Pengurusan Dana Yang profesional
Kelebihan skim unit amanah ini ialah anda akan mendapat perkhidmatan pakar kewangan atau pengurus dana untuk menjaga pelaburan anda. Pengurus dana akan menangani segala urusan seperti mengenal pasti ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap yang paling baik sementara anda berehat dan bersantai.

Pempelbagaian
Resiko pelaburan anda dapat dikurangkan kerana pengurus dana membantu anda membeli pelbagai ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap. Portfolio yang pelbagai dengan sendirinya akan mengurangkan resiko kerana ” tidak semua telur disimpan dalam sebuah raga “ .

Peluang Mencapai Keuntungan Modal
Pulangan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pendapatan pelaburan atau pertumbuhan modal. Bergantung kepada sasaran kewangan individu, anda boleh memilih dana yang paling sesuai yang ditawarkan.

Kecairan
Unit Amanah juga memberikan anda kebolehubahan untuk menukar unit anda kepada tunai dalam tempoh 10 hari selepas pihak pengurus dana menerima penebusan daripada anda, anda tidak akan dibebani oleh pelbagai syarat daripada Public Mutual.

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment