Thursday 28/02/2008
KUALA LUMPUR, 28 FEB — Public Bank Akan Melancarkan Sebuah Dana Negara China Dan ASEAN, Iaitu PB Dana China ASEAN Equity (PBCAEF) Pada 5 Mac 2008 (Rabu). PBCAEF Akan Melabur Dalam Saham-saham China Dan Bakinya Di Saham-saham Yang Tersenarai Pada Pasaran-pasaran ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara). Dana Ini Akan Diuruskan Oleh Anak Syarikat Milik Penuhnya, Public Mutual.
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PBCAEF memberikan peluang kepada pelabur-pelabur untuk mendapat maanfaat dari prospek pertumbuhan yang kukuh di Negara China dan ASEAN. “Sepanjang lima tahun lepas, pasaran-pasaran saham Negara China dan ASEAN merupakan di antara pasaran-pasaran yang menunjukkan prestasi yang paling baik di seluruh dunia dan pasaran-pasaran ini disokongi oleh pertumbuhan ekonomi yang kekal kuat, polisi kewangan yang baik dan pertumbuhan pendapatan yang sihat. “Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara China dijangka akan kekal kuat disebabkan oleh perbelanjaan domestik, pelaburan dan eksport yang berdaya tahan sementara prospek pertumbuhan ekonomi ASEAN akan kekal baik dengan permintaan domestik dijangka memandu aktiviti-aktiviti ekonomi di rantau ini,” tambah beliau.
Tan Sri Teh yakin bahawa PBCAEF akan memberikan para pelabur peluang mengambil manfaat dari prospek pertumbuhan di Negara China dan ASEAN.
PBCAEF merupakan sebuah dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai saham China dan bakinya di saham-saham yang tersenarai pada pasaran-pasaran ASEAN. Minimum 50% daripada nilai aset bersih (NAB) dana boleh dilabur di saham-saham China yang disenaraikan di Negara China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan. Pendedahan ekuiti PBCAEF adalah di antara 75% hingga 90% daripada NAB dana.
Tan Sri Teh bertambah bahawa PBCAEF adalah sesuai bagi para pelabur jangka panjang yang ingin mengambil bahagian dalam prospek pertumbuhan di Negara China dan ASEAN.
Harga terbitan / NAB PBCAEF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 5 Mac 2008 hingga 25 Mac 2008. Di sepanjang tempoh tawaran permulaan PBCAEF, bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5% NAB seunit akan dikenakan ke atas pembelian unit PBCAEF oleh para pelabur.
Tan Sri Teh menasihatkan para pelabur memakai prinsip Pemutaraan Kos Dolar (PKD) dengan menggunakan Arahan Debit Terus (ADT) semasa berlakunya pergolakan pasaran. Ini adalah kerana pengumpulan unit-unit di bawah PKD akan menyebarkan risiko semasa berlakunya pergolakan pasaran dan ini akan menyebabkan kos purata seunit yang lebih rendah. Bagi menggalakkan pelaburan teratur dan menyebarkan pelaburan permulaan anda dengan menggunakan satu siri pelaburan yang kecil pada suatu jangkamasa, Public Mutual akan melancarkan satu promosi ADT yang istimewa bagi PBCAEF di mana ADT dengan PBCAEF semasa tempoh tawaran akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi istimewa sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.
Pelabur-pelabur yang berminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-3323 semasa waktu kerja biasa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PBCAEF.
Pengurus dana ini, Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 58 dana untuk seramai lebih 1,650,000 pemegang akaun. Pada 31 Disember 2007, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM28.4 bilion.
DIKELUARKAN OLEH PUBLIC MUTUAL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : CIK SAY SOH HIAN
TEL: 03-6279 6756
E-MEL: SHSAY@PUBLICMUTUAL.COM.MY
TARIKH SIARAN : 28 FEBRUARI 2008
DIKELUARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA BERNAMA