Archive for March, 2008

Faedah-Faedah Melabur Dalam Unit Amanah

Wang pelaburan para pemegang unit yang dikumpul di bawah unit amanah membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah yang tidak mungkin mereka perolehi jika mereka melabur secara perseorangan. Antara faedah-faedah yang kita tidak nampak secara kasar adalah seperti dibawah:

Pengurusan Dana Yang profesional
Kelebihan skim unit amanah ini ialah anda akan mendapat perkhidmatan pakar kewangan atau pengurus dana untuk menjaga pelaburan anda. Pengurus dana akan menangani segala urusan seperti mengenal pasti ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap yang paling baik sementara anda berehat dan bersantai.

Pempelbagaian
Resiko pelaburan anda dapat dikurangkan kerana pengurus dana membantu anda membeli pelbagai ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap. Portfolio yang pelbagai dengan sendirinya akan mengurangkan resiko kerana ” tidak semua telur disimpan dalam sebuah raga “ .

Peluang Mencapai Keuntungan Modal
Pulangan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pendapatan pelaburan atau pertumbuhan modal. Bergantung kepada sasaran kewangan individu, anda boleh memilih dana yang paling sesuai yang ditawarkan.

Kecairan
Unit Amanah juga memberikan anda kebolehubahan untuk menukar unit anda kepada tunai dalam tempoh 10 hari selepas pihak pengurus dana menerima penebusan daripada anda, anda tidak akan dibebani oleh pelbagai syarat daripada Public Mutual.

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment

Dana PBCAEF Dilancarkan

Thursday 28/02/2008
KUALA LUMPUR, 28 FEB — Public Bank Akan Melancarkan Sebuah Dana Negara China Dan ASEAN, Iaitu PB Dana China ASEAN Equity (PBCAEF) Pada 5 Mac 2008 (Rabu). PBCAEF Akan Melabur Dalam Saham-saham China Dan Bakinya Di Saham-saham Yang Tersenarai Pada Pasaran-pasaran ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara). Dana Ini Akan Diuruskan Oleh Anak Syarikat Milik Penuhnya, Public Mutual.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PBCAEF memberikan peluang kepada pelabur-pelabur untuk mendapat maanfaat dari prospek pertumbuhan yang kukuh di Negara China dan ASEAN. “Sepanjang lima tahun lepas, pasaran-pasaran saham Negara China dan ASEAN merupakan di antara pasaran-pasaran yang menunjukkan prestasi yang paling baik di seluruh dunia dan pasaran-pasaran ini disokongi oleh pertumbuhan ekonomi yang kekal kuat, polisi kewangan yang baik dan pertumbuhan pendapatan yang sihat. “Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara China dijangka akan kekal kuat disebabkan oleh perbelanjaan domestik, pelaburan dan eksport yang berdaya tahan sementara prospek pertumbuhan ekonomi ASEAN akan kekal baik dengan permintaan domestik dijangka memandu aktiviti-aktiviti ekonomi di rantau ini,” tambah beliau.

Tan Sri Teh yakin bahawa PBCAEF akan memberikan para pelabur peluang mengambil manfaat dari prospek pertumbuhan di Negara China dan ASEAN.

PBCAEF merupakan sebuah dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai saham China dan bakinya di saham-saham yang tersenarai pada pasaran-pasaran ASEAN. Minimum 50% daripada nilai aset bersih (NAB) dana boleh dilabur di saham-saham China yang disenaraikan di Negara China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan. Pendedahan ekuiti PBCAEF adalah di antara 75% hingga 90% daripada NAB dana.

Tan Sri Teh bertambah bahawa PBCAEF adalah sesuai bagi para pelabur jangka panjang yang ingin mengambil bahagian dalam prospek pertumbuhan di Negara China dan ASEAN.

Harga terbitan / NAB PBCAEF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 5 Mac 2008 hingga 25 Mac 2008. Di sepanjang tempoh tawaran permulaan PBCAEF, bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5% NAB seunit akan dikenakan ke atas pembelian unit PBCAEF oleh para pelabur.

Tan Sri Teh menasihatkan para pelabur memakai prinsip Pemutaraan Kos Dolar (PKD) dengan menggunakan Arahan Debit Terus (ADT) semasa berlakunya pergolakan pasaran. Ini adalah kerana pengumpulan unit-unit di bawah PKD akan menyebarkan risiko semasa berlakunya pergolakan pasaran dan ini akan menyebabkan kos purata seunit yang lebih rendah. Bagi menggalakkan pelaburan teratur dan menyebarkan pelaburan permulaan anda dengan menggunakan satu siri pelaburan yang kecil pada suatu jangkamasa, Public Mutual akan melancarkan satu promosi ADT yang istimewa bagi PBCAEF di mana ADT dengan PBCAEF semasa tempoh tawaran akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi istimewa sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

Pelabur-pelabur yang berminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-3323 semasa waktu kerja biasa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PBCAEF.

Pengurus dana ini, Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 58 dana untuk seramai lebih 1,650,000 pemegang akaun. Pada 31 Disember 2007, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM28.4 bilion.

DIKELUARKAN OLEH PUBLIC MUTUAL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : CIK SAY SOH HIAN
TEL: 03-6279 6756
E-MEL: SHSAY@PUBLICMUTUAL.COM.MY
TARIKH SIARAN : 28 FEBRUARI 2008
DIKELUARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA BERNAMA

Leave a Comment

Bagusnya Unit Amanah Ini

Dalam dunia hari ini di mana paras harga melambung tinggi, adalah tidak memadai jika anda hanya menyimpan wang dalam bentuk simpanan tradisional sahaja. Dengan inflasi terus menghakis kuasa beli wang anda, adalah penting supaya wang yang anda perolehi dengan titik peluh anda itu tidak terbiar begitu sahaja tetapi memberi pulangan kepada anda secara berterusan!

2549707872.jpg

Apabila dilabur dengan bijak, wang yang berjumlah kecil pun boleh membawa perbezaan yang besar. Sasaran -sasaran penting dalam hidup seperti membeli rumah, merancang persaraan, membuat peruntukkan untuk pendidikan anak-anak dan menikmati kebebsan kewangan boleh dicapai dengan melabur wang yang berjumlah kecil itu dengan bijak dan secara kosisten. Namun, masih ramai orang yang berpendapat sasaran-sasaran murni ini adalah diluar pencapaian mereka semata-mata kerana mereta tidak mengetahui tentang pilihan-pilihan pelaburan yang terbuka kepada mereka.

Jika anda berhasrat untuk bertukar dari cara pelaburan tradisional tetapi tidak mempunyai masa dan tidak mempunyai kemahiran untuk menjejaki dan membuat penyelidikan tentang pasaran pelaburan, maka Unit Amanah mungkin adalah jawapan untuk ANDA!

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment

Top Up Sekarang PCIF !

Assalamualaikum Saudara Saudari sekalian,

Jika dilihat pada link www.publicmutual.com.my kita dapat melihat harga sekarang menjunam dengan banyaknya sekarang. Apa yang patut kita lakukan untuk masa sekarang ?

3255006818.jpg Oh ya..kita mesti akan kedengaran orang yang akan menguar-uarkan kita supaya mengeluarkan duit dalam akaun sebelum harga sesuatu dana menjunam dengan lebih teruk, ini adalah tanggapan yang salah dan saya mempunyai seorang kawan yang lansung tidak berminat malah langsung tidak memangdang pelaburan dalam Unit Amanah ini sesuatu yang bagus berkata ” baik ko keluarkan duit ko dalam akaun PM ni sebelum ko rugi terul, boleh percaya ke dia akan naik sedangkan ekonomi sekrang teruk” , ini adalah contoh pelakuan yang kurang yakin dari kawan saya, dan saya berkata pada beliau kembali dengan nada rilek ” kawan, pelaburan Unit Amanah ini satu pelaburan jangka masa panjang, kalau aku keluarkan sekarang duit dari akaun PM rugi la aku dan kita mesti bersabar dan percaya yang Unit ini akan kembali meningkat” dan lantas kawan saya blah dari percakapan dengan saya.

Dalam pelaburan dengar cakap orang adalah baik namun dengar cakap orang sebenarnya ada baik dan buruk. Oklah saudara dan saudari sekalian, harga dana-dana bagi Public Mutual sekarang ini sedang rancak jatuh untuk seketika dan ini lah masa untuk kita tambah nilai kembali dalam akaun supaya bila ia naik dapat meningkatakan tahap keuntungan dalam pelaburan kita ini. Bagi dana yang saya suka buat masa sekarang adalah Public China Itikal Fund ( PCIF ) kerana saya nampak peningkatan mendadak dalam dana ini dari percent dia,post sebelum ini saya ada postkan result test saya dari 16/1/2008 hingga tarikh satu lagi memberikan saya 10.24% dalam masa 2 bulan lebih dan ini sesuatu yang membanggakan.

Bagi yang baru hendak mulakan dalam pelaburan disyorkan supaya dapat mulakan dari sekarang kerana inilah masa yang amat sesuai untuk melabur ketika kejatuhan harga-harga dana ini. Bukan saya mensyorkan supaya anda semua rugi namun kebanyakkan orang yang bejaya dalam pelaburan Unit Amanah ini sememangnya mengsyorkan supaya membeli saham ini ketika saham-saham jatuh namun bukan semua saham jatuh elok dibeli ketika ini dan ini semua berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Semoga anda akan akan terus menjana pendapatan dengan pelaburan Unit Amanah!

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

www.taqiyuddin.com
0192649831@0179379821

Leave a Comment

Skim Cepat Kaya VS Unit Amanah

Skim cepat kaya Vs Unit Amanah jika diberikan pilihan saya akan pilih Unit Amanah ! Kenapa…

Ada 3 sebab mengapa saya memilih Unit Amanah !

1. Pengiktirafan- Unit Amanah mendapat pengiktirafan dari pelbagai badan-badan pemerhati yang berkaitan dengan saham dan pelaburan di Malaysia, dan juga mendapat anugerah dari pelbagai agensi serta mendapat dividen yang amat menguntungkan dari aspek masa pelaburan yang panjang. Skim cepat kaya pula ada bermacam-macam di Internet serta diluar sana, kenapa harus kita memilih skim cepat kaya ini ? Adakah kerana mahu mengejar kekayaan yang tidak ada pengikhtirafan dari mana-mana agensi pun.

2. Keuntungan- Keuntungan yang melibatkan dua pelaburan ini masing-masing mempunyai kadar dividen yang tinggi serta hanya membezakannya adalah mana satu yang betul-betul boleh memberikan kita kepuasan hati dalam pelaburan adalah Unit Amanah kerana Unit Amanah ini dijamin tiada unsur-unsur penipuan serta tidak melibatkan kegiatan tidak sihat seperti akan ditipu oleh pihak pengurusan kecuali lah pelabur mencari agen Unit Amanah yang tidak betul. Keuntungan skim cepat kaya biasanya banyak dalam tempoh program ia berlangsung seperti bulan pertama boleh memberikan kepada pelabur kadar dividen sehinnga 50% untuk menarik minat lebih ramai melabur dalam dan bulan kedua mungkin akan dinaikkan sedikit sehingga 90% keuntungan pelaburan tersebut ini untuk menarik minat pelabur lain untung mendapat keuntungan banyak dan seterusnya memasuki skim ini. Bagi Unit Amanah, pelaburan bergantung pada ekonomi dan bukan berdasarkan bilangan orang yang memasuki unit ini, pelaburan ini kadang-kadang boleh mencecah sehingga >20% setahun mengikut dana yang dibeli. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Unit Amanah adalah pelaburan jangka masa panjang.

3. Bimbingan – Bimbingan dari agen unit amanah penting dalam suatu pelaburan kerana pelabur mungkin daripada yang kurang pengetahuan tentang perkara ini jika tidak mungkin mereka akan melakukan pelaburan ia sendiri, dalam unit amanah agen akan memberikan penerangan tentang unit amanah serta akan memberikan bimbingan kepada pelabur mereka tentang akaun pelabur berkenaan dan akan menghantar report pada pelabur untuk melihat keberkesanan pelaburan mereka dalam unit ini, skim cepat kaya pula melabur melalui internet serta kita tidak kenal akan ketua yang memulakan pelaburan ini, dan tiada bimbingan akan diberikan melainkan cara menarik orang ramai melalui cara menipu contohnya membuat cek-cek palsu yang menunjukkan income mereka didalam pelaburan skim cepat kaya tersebut. Skim ini biasanya akan bertahan tidak lama kemungkinan paling lama dalam setahun pasti akan lingkup kerana ditahan oleh Bank Negara ataupun penganjur melarikan diri dan mengambil semua duit palbaburan itu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Taqiyuddin Ruslan

Taqiyuddin

0192649831@0179379831
www.taqiyuddin.com

Leave a Comment

Pelaburan Unit Amanah l Kejatuhan Harga Unit

(Cerita ini dipetik dari blog sahabat saya iaiti www.petuajimatduit.com )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama juga saya tidak bercerita mengenai Unit Amanah. Hari ini saya akan berkongsi sedikit tips yang amat berguna kepada mereka yang mahu melabur dalam Unit Amanah dan tips kali ini juga akan membantu pelabur sedia ada untuk meningkatkan keuntungan dalam pelaburan Unit Amanah. ;-)

Sebelum itu, saya mahu bertanya kepada anda. Apa yang anda akan lakukan apabila sesebuah Unit Amanah tersebut jatuh merundum?

Secara ringkasnya, saya simpulkan terdapat 3 kategori pelabur yang akan melakukan tindakan yang berbeza. Tindakan yang dilakukan ini akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah.

3 kategori tersebut ialah :-

unit2.jpg1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”. Satu konsep yang biasa kita dengar tapi jarang dilakukan. Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

(Cerita ini dipetik dari blog sahabat saya iaiti www.petuajimatduit.com )

Taqiyuddin Ruslan

deean1.jpg

www.taqiyuddin.com
0192649831 @ 0179379831

Leave a Comment